Thursday, February 26, 2015

AKU SEKARANG

Assalammualaikum dan Salam Sejahtra
kepada semua rakan2 blogger jika ada,
dan kepada pembaca blogger hai salam perkenalan.

hari ni 27 february 2015 so kira dah 3 thn dah blog aku ni...
sry klu blog aku ni membosankan dan banyak cite sedih..
bila aku baca balik blog2 yang aku buat... terasa seperti dairy lak..
huhu... aku mula buat blog ni pun sebb aku mula hidup secara berasingan dgn keluarga,
jauh dari keluarga, kerana utk menyambung pengajian diploma  dimana?
di Kajang Selangor.

selain itu jugak aku mula buat blog ni kerana satu insan yang aku kenal secara kebetulan...
bermula sebagai kawan yang sentiasa menceriakan suasana kolej,
memberi semangat kepada kawan2 yang lain,
kemudian dia aku jadikan sebagai seorang yang penting dalam hidup aku,
well mcm biasa la cerita yang happy akhirnya menjadi unhappy.

mulanya aku rasa marah, kemudian aku rasa sedih...
aku mula keluarkan kata2 yg tak manis di dgr...
dan aku rasa menyesal... menyesal sebb aku keluarkan kata2 yang tak manis,
dan melukakan hatinya sekali lagi...
aku pendamkan diri, memnyibukkan diri utk melupakan kesedihan  aku alami,

pada hujung tahun sebelum konvo aku belikan hadiah utk dia,
sebab sebagai tanda aku meminta maaf dan menerima tawaran yang dia minta
sebagai seorang kawan biasa... aku menerima dengan redha.. namun
disebabkan perasaan marah aku masih lagi membuak- buak, aku tidak dpt nak bersemuka dgnnya...
dgn cara lain aku meminta bantuan kwn sekelasnya utk serahkan hadiah tu....

sejak itu, aku jarang berjumpa dia, call, msj , chat...
sekarang masuk tahun ni 2 tahun dah belalu...
well chat tu adalah sikit... tapi hal kerja...
tak tau lak klu dia ingat aku lagi ke tak...
tpi yg pasti aku sentiasa ingat dia... entah kenapa agak sukar utk aku lupakan dia..
aku selalu doakan dia selamat , sihat dan berjaya dgn career yang dia ceburi...
dan aku doakan semoga di suatu masa nnti aku dpt bersemuka dgn dia
bercakap dgn dia, duduk satu meja dgn dia..

tpi jika hubungan aku dan dia hanya sekadar sebagai kawan biasa,
aku bersyukur... kerana aku dpt berkawan dgn dia,  kenal diri dia,
dan aku berharap hubugan itu akan berpanjangan hingga nafas terakhir aku...  :)

terima kasih
kawan.

No comments:

Post a Comment