Thursday, May 9, 2013

kata-kata hati ku dan akal fikiranku.

assalammualaikum dan salam sejahtera,
hari ini aku tidak tahu kenapa... dan sebab apa aku buat catatan ini...
hari ini aku asyik berfikir berfikir, berfikir dan berfikir...
melayan perasaan aku... menghayati kenangan lalu...


aku sekarang terasasunyi...
terasa kosong...
terasa diabaikan...
aku dan dia jarang keluar...
 jarang berjumpa... jarang bercakap...
semakin lama aku terasa seperti sebuah buku lama...
buku-buku lama yang hanya menunggu masa untuk dilupuskan...
tidak tahu sama ada disebabkan cerita buku itu yang membosankan
atau rupa paras buku itu yang buruk...
setiap hari aku cuba luangkan masa untuk bersama dengan dia...
tetapi setiap ajakanku pasti ada je halangan... aku tidak tahu sama ada itu adalah kebetulan
atau hanya alasan semata-mata...



ye aku tahu aku ada buat silap... aku ada buat kesalahan... aku tahu...

tetapi kenapa tidak beritahu kepadaku ... kenapa tidak cuba halang ... kenapa?
kenapa dengan kawan kamu senang menegur mereka ketika mereka buat kesilapan....
kenapa dengan aku kamu susah utk membuka mulutmu untuk menegurku?
adakah disebbkan jawatan yang aku pengang...?
adakah disebbkan aku lebih tua daripada kamu?
adakah sebbkan kamu sudah tidak kesah akan aku?



aku cuba untuk berfikiran positif...
munkin kau tidak tahu apa yang aku buat...
munkin kau terlalu sibuk sehingga apa yang aku lakukan kau tidak sedar...
munkin kau tahu tetapi malu untuk menegur aku....
aku tahu antara aku dan kawan kau..
kau akan pilih kawan kerana kawan adalah oarng yang pertama kau kenal...
kawan yang sentiasa ada dekat dengan kau... ketika kau ceria marah atau pun sedih...
kawan yang sentiasa membantu kau ketika kau ada masalah..
aku tidak marah akan kau disebabkan kau lebihkan masa dengan kawan kau..
aku just takut... bukan takut kau akan tinggalkan  aku... 
tapi aku takut aku akan  menyakiti hati kau dan melupakan kamu buat selama lamanya..




 sekarang...
aku cuba belajar untuk mengubah diri aku untuk  lebih baik...
tetapi kalau aku berjaya sekali pun untuk berubah menjadi yang terbaik ... hakikatnya...
hakikat nya... yang tahu akan diri aku dan perasaan aku... situasi aku... perjalananku...hidupaku...
hanya ALLAH s.w.t. sahaja yang tahu....
sama sahaja dengan zaman-zaman aku dah hulu...
aku tahu aku patut bersyukur...
kerana apa sahaja yang aku buat dan apa yang aku rasa dan fikir...
dan dimana sahaja aku berada... ALLAH s.w.t. sentiasa berada disisiku dan maha mengetahui...
tetapi ALLAH s.w.t. juga telah mencipta aku dengan sifat "ingin akan sesuatu"
apa yang aku ingin kan ialah apa sahaja aku lakukan dan apa sahaja aku rasa...
ialah mejadi insan yang disayangi oleh ALLAH s.w.t.,
 bersama-sama dengan keluarga yang aku sayangi,
bersama-sama dengan insan yang bakal aku jadikan sebahagian daripada keluargaku...
dan bersama-sama dengan rakan-rakanku berjuang ke jalan ALLAHs.w.t.