Tuesday, April 26, 2016

WOW !!! CEPATNYA MASA BERLALU


assalammualaikum dan salam sejahtra bloggers...
hahaha.. agak lama jugak la aku tak buka blog ni,... huhuhu
well skrg aku alhamdulillah masih bernafas hahaha...



tik tok tik tok..... dah masuk tahun 2016,
tik tok tik tok..... cepatnya masa berlalu dgn pantas,

sebenarnya terdetiknya aku utk menulis blog ni sebb  munkin aku nk seseorg tu tahu mcm mana keadaan aku sekarng walaupun tak detail, sekurang nya adalah sikit maklumat ttg aku yg boleh aku sampaikan dari blog ni...

seperti biasa aku meneruskan hidup ini dgn mcm2 halangan dan ujian,... 


seperti biasa aku kecundang terlebih dahulu, namun aku bangkit dgn pertolongan keluarga aku dan rakan2 walaupun mereka jauh di mata ,tpi mereka dekat dihati.

utk tahun ni aku ada perancangan yg harus aku atur sebaik yg munkin,
munkin in perluang aku utk tahun ni utk langkah lebih jauh,
cuma semakin lama dateline menghampiri, semakin banyak dugaan yg berlaku,
mkin banyak tugas dan tanggungjawab yg harus aku laksanakan, 
dan aku mula berfikir mampukah aku melakukan semua ini???

in sha Allah dgn izin Allah....

hope ia menjadi kenyataan , dan kepada mereka yg masih  support aku dan mengharap utk aku melakukan sesuatu utk mereka dimasa hadapan... doa doakan lah aku utk berjaya.

terima kasih kerana memberi masa utk membaca blog aku ini yg tak apa2... thx..
"
sekian wasalam

Thursday, February 26, 2015

AKU SEKARANG

Assalammualaikum dan Salam Sejahtra
kepada semua rakan2 blogger jika ada,
dan kepada pembaca blogger hai salam perkenalan.

hari ni 27 february 2015 so kira dah 3 thn dah blog aku ni...
sry klu blog aku ni membosankan dan banyak cite sedih..
bila aku baca balik blog2 yang aku buat... terasa seperti dairy lak..
huhu... aku mula buat blog ni pun sebb aku mula hidup secara berasingan dgn keluarga,
jauh dari keluarga, kerana utk menyambung pengajian diploma  dimana?
di Kajang Selangor.

selain itu jugak aku mula buat blog ni kerana satu insan yang aku kenal secara kebetulan...
bermula sebagai kawan yang sentiasa menceriakan suasana kolej,
memberi semangat kepada kawan2 yang lain,
kemudian dia aku jadikan sebagai seorang yang penting dalam hidup aku,
well mcm biasa la cerita yang happy akhirnya menjadi unhappy.

mulanya aku rasa marah, kemudian aku rasa sedih...
aku mula keluarkan kata2 yg tak manis di dgr...
dan aku rasa menyesal... menyesal sebb aku keluarkan kata2 yang tak manis,
dan melukakan hatinya sekali lagi...
aku pendamkan diri, memnyibukkan diri utk melupakan kesedihan  aku alami,

pada hujung tahun sebelum konvo aku belikan hadiah utk dia,
sebab sebagai tanda aku meminta maaf dan menerima tawaran yang dia minta
sebagai seorang kawan biasa... aku menerima dengan redha.. namun
disebabkan perasaan marah aku masih lagi membuak- buak, aku tidak dpt nak bersemuka dgnnya...
dgn cara lain aku meminta bantuan kwn sekelasnya utk serahkan hadiah tu....

sejak itu, aku jarang berjumpa dia, call, msj , chat...
sekarang masuk tahun ni 2 tahun dah belalu...
well chat tu adalah sikit... tapi hal kerja...
tak tau lak klu dia ingat aku lagi ke tak...
tpi yg pasti aku sentiasa ingat dia... entah kenapa agak sukar utk aku lupakan dia..
aku selalu doakan dia selamat , sihat dan berjaya dgn career yang dia ceburi...
dan aku doakan semoga di suatu masa nnti aku dpt bersemuka dgn dia
bercakap dgn dia, duduk satu meja dgn dia..

tpi jika hubungan aku dan dia hanya sekadar sebagai kawan biasa,
aku bersyukur... kerana aku dpt berkawan dgn dia,  kenal diri dia,
dan aku berharap hubugan itu akan berpanjangan hingga nafas terakhir aku...  :)

terima kasih
kawan.

Thursday, November 14, 2013

baru aku faham

assalammualaikum
hari ini baru lah aku faham ... aku mengerti apa itu hidup,
hari ini baru lah aku betul2 faham kenapa aku berada disini...
hidup ini memang susah,
hidup ini amat menyakitkan,
hidup ini memberi keperitan yang mendalam...
kenapa aku berkata begitu???
kerana aku baru sahaja sedar,
kerana aku baru sahaja faham dan mengetahuinya,
selama ini apa yang aku fikirkan ialah....
apabila keperitan dtg bertemu dgn diri aku,
hanya aku sahaja yang merasai nya... tpi tidak...
sebenarnya ... sesiapa sahaja yang kenal akan diri aku jugak dpt merasainya...
orang kata bila kita berkongsi cerita,
akan kurang kesakitan yang kita pikul,
tapi itu lah yang sebenarnya aku tidak mahu berlaku....
aku sakit , aku marah, aku gumbira, aku sedih, aku rasa semua tu,
cuma aku tidak pandai utk luahkan kpd org lain,
walaupun... ia adalah kawan rapat aku,
 kenapa ?
sebab aku tidak mahu org lain merasai apa yang aku rasa,
biarlah org lain kata aku ni sombong...
aku ni ego tinggi,
aku  tidak boleh dipercayai,
aku ni kuat menipu,
asalkan org lain tidak merasai apa yang aku rasa,
sebb? hanya aku sahaja yang boleh menghadapinya...
pernah seorg yang aku percaya akan dirinya ,
aku mencerita segala yang ada didalam hati aku...
tapi yang aku dpt ialah ...
aku dipulaukan,
dan bila aku tanya knp? knp aku dilakuakn sebegitu??
tiada sorg pun yang menjawab soalanku,
semua diam membisu dihadapanku...
dan peristiwa itu berulang kembali ...
kali ini aku tak salahkan org lain...
aku salahkan diri aku sendiri.... kerana...
aku la puncanya.... 
aku telah melakukan satu pilihan yang amat memilukan....
yaAllah, ampunkan dosaku,
ampunkan kesilapan yang aku telah lakukan...
amin

Friday, September 6, 2013

Ye Aku Memang Banyak Buat Salah

assalammaulaikum
harini aku nak gitau ...
ye memang aku banyak buat salah...
semua benda aku buat salah...
takde yang betul...
sebab apa??
sebab aku memang salah kan...
cakap la lagi...
aku .... bila aku buat salah...
bila aku tahu orang tidak suka cara aku..
 aku minta maaf...
kau tahu tak??
apa yang aku nak, ialah...
sorg yang boleh tegur aku...
dgn cara lisan...
bukan nya diamkan diri,
post ayat sindiran kat fb atau twitter...
aku pelik dgn orang org mcam ni....
kata berani kerana benar...
so face to face la... kau sendiri yang cakap .... ada masalah??
dtg jumpa...
kau fikir diri kau je..kau fikirkan kesalahan orang je...
kesalahan kau ... knp kau diam...
ok aku tak kesah... aku tak marah ... aku kecewa.. dgn cara kau  itu je....
so .. last kali aku nak cakap.... aku minta maaf  jika aku buat salah...
klu maaf kat sini tak diterima, kau cakap je.. kat mana nak jumpa... takpe
aku sendiri dtg kat kau.... dan aku minta maaf kat kau...
ok...

Tuesday, August 20, 2013

the end??!!?!?!

assalammualaikum dan salam sejahtra..
\hari ini aku nak luahkan kata-kata hati.
selama setahun lebih aku pertahan kan mahkota permaisuri...
yang terletak di dalam hatiku....
utk si dia...
tpi sekarang ...
ini ke penamat jalan cerita aku dan dia>??
sedih...
kerana alasan yang diberi...
bagaikan tidak dpat aku terima..
"saya tidak sedia utk serius dlm hubungan ini"
"saya tak nak memberi harapan kepada awak lagi"
kenapa baru sekarang?
kenapa baru sekarang ?
hm.... sekrang aku hanya termenung melihat gambar si dia sahaja...
hm.... aku kaku dan bisu ...
hm.... aku tidak tahu apa lagi yang harus aku lakukan...
hm... aku sentiasa beri semangat kepada org lain apa bila mereka dlm kedukaan..
tapi..
apa bila kedukaan itu menemui aku,
aku bisu .... aku keliru... hati aku tak tenteram... fikiran aku celaru...
aku cuba fikirkan kesilapan yang telah aku lakukan..
aku buntu...
ya Allah Ya Tuhanku.... ampuni la dosaku...  tenangkan la jiwa ku.. fikiran ku..
jika ini yang dirancang oleh Mu ya ALLAH...
maka aku terima seadanya dgn hati terbuka.... aminn....

Thursday, May 9, 2013

kata-kata hati ku dan akal fikiranku.

assalammualaikum dan salam sejahtera,
hari ini aku tidak tahu kenapa... dan sebab apa aku buat catatan ini...
hari ini aku asyik berfikir berfikir, berfikir dan berfikir...
melayan perasaan aku... menghayati kenangan lalu...


aku sekarang terasasunyi...
terasa kosong...
terasa diabaikan...
aku dan dia jarang keluar...
 jarang berjumpa... jarang bercakap...
semakin lama aku terasa seperti sebuah buku lama...
buku-buku lama yang hanya menunggu masa untuk dilupuskan...
tidak tahu sama ada disebabkan cerita buku itu yang membosankan
atau rupa paras buku itu yang buruk...
setiap hari aku cuba luangkan masa untuk bersama dengan dia...
tetapi setiap ajakanku pasti ada je halangan... aku tidak tahu sama ada itu adalah kebetulan
atau hanya alasan semata-mata...



ye aku tahu aku ada buat silap... aku ada buat kesalahan... aku tahu...

tetapi kenapa tidak beritahu kepadaku ... kenapa tidak cuba halang ... kenapa?
kenapa dengan kawan kamu senang menegur mereka ketika mereka buat kesilapan....
kenapa dengan aku kamu susah utk membuka mulutmu untuk menegurku?
adakah disebbkan jawatan yang aku pengang...?
adakah disebbkan aku lebih tua daripada kamu?
adakah sebbkan kamu sudah tidak kesah akan aku?



aku cuba untuk berfikiran positif...
munkin kau tidak tahu apa yang aku buat...
munkin kau terlalu sibuk sehingga apa yang aku lakukan kau tidak sedar...
munkin kau tahu tetapi malu untuk menegur aku....
aku tahu antara aku dan kawan kau..
kau akan pilih kawan kerana kawan adalah oarng yang pertama kau kenal...
kawan yang sentiasa ada dekat dengan kau... ketika kau ceria marah atau pun sedih...
kawan yang sentiasa membantu kau ketika kau ada masalah..
aku tidak marah akan kau disebabkan kau lebihkan masa dengan kawan kau..
aku just takut... bukan takut kau akan tinggalkan  aku... 
tapi aku takut aku akan  menyakiti hati kau dan melupakan kamu buat selama lamanya..




 sekarang...
aku cuba belajar untuk mengubah diri aku untuk  lebih baik...
tetapi kalau aku berjaya sekali pun untuk berubah menjadi yang terbaik ... hakikatnya...
hakikat nya... yang tahu akan diri aku dan perasaan aku... situasi aku... perjalananku...hidupaku...
hanya ALLAH s.w.t. sahaja yang tahu....
sama sahaja dengan zaman-zaman aku dah hulu...
aku tahu aku patut bersyukur...
kerana apa sahaja yang aku buat dan apa yang aku rasa dan fikir...
dan dimana sahaja aku berada... ALLAH s.w.t. sentiasa berada disisiku dan maha mengetahui...
tetapi ALLAH s.w.t. juga telah mencipta aku dengan sifat "ingin akan sesuatu"
apa yang aku ingin kan ialah apa sahaja aku lakukan dan apa sahaja aku rasa...
ialah mejadi insan yang disayangi oleh ALLAH s.w.t.,
 bersama-sama dengan keluarga yang aku sayangi,
bersama-sama dengan insan yang bakal aku jadikan sebahagian daripada keluargaku...
dan bersama-sama dengan rakan-rakanku berjuang ke jalan ALLAHs.w.t.






Tuesday, March 19, 2013

langkah pertama

assalammualaikum
pagi ni aku nak bagitau yang aku telah pun buat satu pengakuan
ini adalah pengakuan pertama aku
bahawasanya aku telah pun gagal ...
gagal untuk mengawal diri aku ...
aku telah membua satu kesilapan ...
kesilapan dimana seorang pegerusi yang tidak sepatutnya aku lakukan...
sesuatu yang aku telah jangka tapi aku tidak sangka..
akan kena pada batang hidung ku sendiri.
semalam aku telah pun berjumpa dgn individu tersebut ..
aku tahu apa yang aku telah buat amat menyakitkan...
pengakuan ini adalah datang dari diri ku sendiri..
aku  meminta maaf atas kecuaian aku sendiri...
baru -baru ni.. aku bersikap biadap, tidak menghormati orang lain, dan..
membuat keputusan tanpa persetujuan orang lain.
aku minta maaf...
jadi untuk pagi ni...
bermula saat ini, aku berjanji pada diri aku sendiri.
dan akan pastikan peristiwa ini tidak akan berlaku lagi.
tetapi sebelum aku meneruskannya...
sekali lagi aku memohon ampun dan maaf .
aku munkin tidak akan lagi seperti dlu...
dan itu adalah muktamad..
dan kepada yang mengenaliku ...
aku memohon pada kamu semua... bantu la aku\
aku munkin tidak sempurna...
tapi aku akn cuba membaikinya
aku dgn hati yang terbuka menerima teguran dan nasihat daripada kamu semua...
dan aku akan cuba utk berubah... jika itu adalah pilihan terakhir.