Assalammualaikum dan salam sejahtera
kepada semua bloggers....
hari ni... pagi membeku...\
aku tersedar dari lamunan mimpi..
apa yang hendak aku katakan pada pagi ini...
aku melihat kelibatku dan kekasihku...
berada disuatu kawasan membincangkan sesuatu...
aku cuba merapati untuk mendengar perbualan mereka..
namun hakikatnya aku tidak dapat mendengar apa-apa pun
dalam masa yang sama, aku duduk dan melihat gelagat 2 insan,
yang cuba mencari jalan penyelesaian,
seketika kemudian aku tersentak,
aku melihat gadis itu menangis,
manakala lelaki itu kelihatan seperti marah!!! tapi matanya mengalir menitis air mata
aku tertanya-tanya!!!
apa yang sudah berlaku!!! apa yang sudah berlaku!!!
aku menjerit sekuat hari.... sambil menitis air mata.... kerana tidak tahan melihat gadis itu menagis.
lelaki itu memandang tajam kearah gadis itu..
apa yang aku rasa ketika itu dan apa yang aku lihat didalm mata lelaki itu,
hanya la kekecewaan dan tiba-tiba... dada ku... hati ku ... mula terasa pedih..
pedih sehingga aku tidak mampu untuk bediri...
dan kemudian... suasana menjadi asap... asap kehitaman ... dan.. puuffss..
aku tersedar dari mimpi.. lalu aku mengucap 2 kalimah syahadah...
untuk pengetahuan pembaca
ini adalah atau antara mimpi yang sering kali aku termimpi...
dan sampai sekarang aku masih lagi tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku....
No comments:
Post a Comment